Salam Maulidur Rasul SAW Tahun 2012M/1433H

Hari ini 5 Februari 2012 bersamaan  bersamaan 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah, seluruh umat Islam di Malaysia menyambut Maulidur Rasul SAW. Sama-sama kita banyakkan selawat ke atas baginda.


Di peringkat kebangsaan, Sambutan Maulidur Rasul SAW Tahun 2012/1433H akan diadakan pada 5 Februari 2012M, bertempat di 
Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya yang disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.
Tema yang dipilih pada kali ini (2012) ialah “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH

Peristiwa penting yang telah berlaku pada bulan 3 dalam kalendar Islam ni.
§                     Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awal di setiap tahun sehinggalah sekarang.
§Perlantikan Nabi menjadi Rasul.
Di bulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.
§                     Peristiwa Hijrah
Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.
§                     Peperangan
Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.
§                     Wafatnya Nabi Muhammad Rasulullah saw.
Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.
§                     Abu Bakar ra. Menjadi Khalifah
Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai’ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa’idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw. 
§                     Pembukaan Negara Iraq
Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.
§                     Pembukaan Baitul Muqaddis
Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H. 
§                     Kejatuhan Empayar kerajaan Islam
Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.
Kehebatan Rasullullah sebagai insan terbilang telah diakui oleh ramai pemikir barat. Antaranya Michael H. Hart yang telah menulis buku The 100: A Ranking of The Most Influential Person in History . Beliau telah menyenaraikan Muhammad s.a.w sebagai pemimpin terhebat dan tersohor serta paling berpengaruh di dunia.
Katanya “ My choice of Muhammad to lead the list of the world’s most influential persons may surprise some readers and be questioned by others, but he was the only one in history who was supremely successful on both the religious and secular levels 
Justeru itu, kehadiran Maulidur Rasul 1433H / 2012m ini, Kami pihak PSS SMKRS menyeru agar menghayati kegigihan perjuangan Rasulullah dengan meningkatkan kecintaan kita kepada Rasullah yang bererti melakukan segala perintahnya , menjejaki sunnahnya serta meninggalkan segala larangannya
Sebagai pelajar, perlengkaplah diri dengan ilmu pengetahuan sebanyak mungkin bagi kita merubah nasib umat Islam kini yang telah lama tercalar. Kembalikan kegemilangan dan keagungan Islam.



No comments:

Post a Comment

 

SELAMAT DATANG

What time is it ?

Cuaca

TWITTER

Pelawat PSSSMKRS


hit counter

ChatBox PSSSMKRS

Jendela Ilmu








Skop PBS 2014












Pemacu Prestasi Akademik 2014