Info PSS


VISI DAN MISI PSS 2013


Visi
Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Rapat Setia penyumbang pembentukan pelajar gemilang.

Misi
Memajukan Pusat Sumber Sekolah melalui;
  • Memperbanyakkan koleksi bahan yang diuruskan secara sistematik,
  • Meningkatkan penggunaan di kalangan warga sekolah dan,
  • Menyemai budaya membaca yang berterusan di kalangan pelajar.
Matlamat 
Memberikan kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta mewujudkan sistem sokongan dalaman ke arah membudayakan ‘teknopen’ bagi meningkatkan mutu pendidikan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. 

Objektif 
  • Meningkatkan taraf pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik.  
  • Menggalakkan semua pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran agar mereka tidak bergantung semata-mata pada buku teks dan kaedah ‘chalk and talk’sahaja.  
  • Menyemai dan menggalakkan tabiat belajar sendiri, membaca, ingin tahu dan bertanya di kalangan pelajar melalui penggunaan bahan PSS. Membantu guru dan pelajar dalam usaha menghasilkan dan menilai berbagai peralatan dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Piagam Pelanggan  
  • Memberi perkhidmatan Pusat Sumber yang berkualiti, tepat dan mudah.  
  • Menyediakan laporan maklumbalas yang tepat, terkini dan sahih.  
  • Memberikan khidmat nasihat kepada para pengguna supaya keperluan pengguna dipenuhi dengan berkesan.  
  • Memberikan perkhidmatan yang menepati masa dan mesra dengan maklumat yang tepat dan sahih.  
  • Menyediakan bahan-bahan yang bermaklumat terkini, bermutu, mudah difahami dan senang diperolehi.  
  • Memberikan khidmat kepakaran grafik dan audio-visual untuk meningkatkan mutu dan lebih daya tarikan.  
  • Memberikan khidmat sokongan yang berkualiti kepada setiap aktiviti-aktiviti panitia.
 

SELAMAT DATANG

What time is it ?

Cuaca

TWITTER

Pelawat PSSSMKRS


hit counter

ChatBox PSSSMKRS

Jendela Ilmu








Skop PBS 2014












Pemacu Prestasi Akademik 2014