SELAMAT BERCUTI
Cuti sekolah tiba lagi!!!. Cikgu yakin murid-murid bersorak riang kerana mereka akan bercuti panjang
selama sebulan. Justeru itu,cikgu kongsikan
beberapa tip mengisi masa cuti sekolah
agar anak murid yang dikasihi akan menghabiskan masa cuti dengan melakukan
aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Antara aktiviti yang berfeadah:
Kem cuti sekolah
Pelbagai
kem-kem yang ada sempena cuti sekolah ini. Ambillah peluang dengan menyertai
kem (camp) yang berfaedah dan dapat memberi input yang baik pada
kamu
seperti Kem Ibadah, Kem Jati Diri dan sebagainya.
Sertai kelas kemahiran
Bagi
memastikan cuti kamu terisi dengan aktiviti berfaedah, kamu juga boleh memilih
untuk menyertai kelas jangka pendek seperti kelas memasak (cooking class),
kelas muzik, kelas melukis atau kelas seni mempertahankan diri.
Siapkan tugasan sekolah
Pada
adik-adik yang bakal menduduki UPSR pada tahun (year) hadapan, pasti banyak
tugasan sekolah yang telah dibekalkan oleh guru sepanjang cuti sekolah ini.
Oleh itu, dalam pada seronok bercuti, jangan kamu lupa menyiapkan tugasan
tersebut ya.
Membaca buku cerita
Semasa
cuti persekolahan ini, dapatlah kamu menghabiskan membaca buku cerita (story)
kegemaran kamu. Ini akan memupuk semangat membaca dan memberi
keyakinan
untuk berucap dihadapan orang ramai.
Singgah ke perpustakaan
Luangkan
masa kamu untuk singgah ke perpustakaan (library). Persekitaran yang sunyi dan
tenang pasti memberikan pembacaan yang lebih rileks. Bahan bacaan yang
mempunyai nilai-nilai murni dapat dijadikan pengajaran.
Melawat sanaksaudara
Ambillah
peluang pada musim cuti sekolah ini untuk mengeratkan tali persaudaraan
dengan menziarahi sanak-saudara yang sudah lama tidak bertemu.
Melawat ke tempat bersejarah dan ilmu
Selain
membaca buku, melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah atau pusat sains
seperti Muzium, Petrosains dan Planetarium juga dapat menambah ilmu pengetahuan
(knowledge) kamu.
Hadiri kelas insentif Al-Quran
Bagi
memastikan masa lapang adik-adik dipenuhi dengan programprogram berfaedah, kamu
juga boleh menghadiri (attend) kelas insentif Al-Quran. Selain dapat
memperbaiki
bacaan, kamu juga pasti dapat berkenalan dengan kawan baru.
Bersiar bersama keluarga
Ketika
cuti sekolah ini cadangkan pada ibu bapa untuk keluar bersiarsiar ke
tempat-tempat menarik. Aktiviti ini pasti dapat mengeratkan lagi hubungan
(relationship)
kekeluargaan.
Berkebun bersama ibu bapa
Berkebun
bersama ibu bapa boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti masa lapang pada
musim cuti sekolah. Selain dapat mempelajari ilmu pertanian, berkebun juga
dapat menyihatkan tubuh badan (body).
Kemas rumah dan bilik tidur
Mungkin
sebelum ini tugas mengemas dikendalikan oleh ibu, apa kata sesekali ringankan
tangan adik-adik membantu ibu mengemas rumah dan bilik tidur (bedroom).
Dengan ini kamu dapat meringankan tugasan hariannya.
Menonton televisyen
Ketika
cuti persekolahan inilah dapatlah adik-adik menonton rancangan kegemaran
(favourite) di televisyen tetapi janganlah terlalu leka sehingga lupa untuk
membantu ibu bapa melakukan kerja rumah.
Beriadah bersama kawan
Adik-adik
juga boleh mengisi jadual cuti kamu dengan beriadah bersama kawankawan di taman
(park) permainan. Selain dapat memberi kesan baik pada kesihatan, ia juga dapat
mengeratkan persahabatan kamu.
Bergotong-royong
Pada cuti
ini, apa kata kamu bersama keluarga bergotong-royong mengemas rumah dan kawasan
keliling rumah. Persekitaran (environment) yang bersih akan mendatangkan
suasana harmoni di dalam keluarga.
Membuat persiapan sekolah tahun hadapan
Jangan
lupa untuk membuat persiapan (preparation) persekolahan tahun hadapan. Kemas
buku-buku, beli kelengkapan alat tulis dan sebagainya. Persiapan
awal
dapat memberi motivasi awal untuk belajar.
Kemahiran Memasak:
Pesan cikgu gunakanlah kesempatan masa cuti
yang ada dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat dan sentiasa menjaga
kesihatan diri. Selamat kembali semula ke sekolah pada 02 Januari 2014.
InsyaAllah..
Daripada : Nor Azlina bt Mansor/gpm
Sumber :
http://e-baca.karangkraf.com
No comments:
Post a Comment