Bengkel Pengkatalogan Bahan PSS dan Proses Teknik Bahan






Diadakan pada 3 Februari 2012(Jumaat) bertempat di Portal Ilmu dari jam 3.30 petang hingga 5.00 petang. Bengkel telah dihadiri oleh 20 orang peserta terdiri dari semua pengawas muda Pusat Sumber Sekolah.Pengisian program ini adalah taklimat berkenaan Pengkatalogan Bahan PSS dan proses teknik yang dibentangkan oleh GPM sendiri iaitu Pn. Nor Azlina bt. Mansor.
Peserta telah diberi pendedahan mengenai Sistem Pengelasan Perpuluhan Dewey.Sistem DDC adalah sistem yang diguna pakai untuk memproses teknik semua koleksi bahan di PSS. Peserta juga berbengkel cara-cara memproses teknik bahan buku dan bukan buku. Mereka telah menpraktikkan cara untuk mengisi slip kerja, mencari nombor pengelasan, menampal poket buku, kad pulangan dan lain-lain.
Harapan dengan adanya bengkel Proses Teknik ini dapat melahirkan pelajar yang dapat  bekerjasama dan melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi di samping menguruskan bahan yang ada di Pusat Sumber secara sistematik. 

No comments:

Post a Comment

 

SELAMAT DATANG

What time is it ?

Cuaca

TWITTER

Pelawat PSSSMKRS


hit counter

ChatBox PSSSMKRS

Jendela Ilmu








Skop PBS 2014












Pemacu Prestasi Akademik 2014