PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2013

PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH 2013




  
                         


Pada Isnin, 18 Februari 2013 yang lalu, Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah telah diadakan Di Dataran Setia Sekolah. Majlis dihadirai oleh murid dan guru SMK Rapat Setia, Ipoh. Majlis Pelancaran ini dimulai dengan ucapan aluan Pengerusi Majlis iaitu Pn. Fzidah bt Kamaruddin.Beliau telah menerangkan tentang Program NILAM dari segi matlamat, objektif dan perlaksanaannya.
Majlis diteruskan dengan ucapan Tuan Pengetua Cemerlang SMK Rapat Setia, Pn. Hjh Siti Zabidah bt Setia. Beliau menyampaikan amanat tentang kepentingan budaya membaca dan mencatat dalam kalangan pelajar. Beliau menggalakan semua pelajar melibatkan diri dalam program NILAM ini.
Ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Cik NorJihan bt. Mat Rashid, Pegawai Teknologi Pendidikan dari Pusat kegiatan Guru (PKG) Seri Ampang. Beliau menegaskan keistimewaan membaca buku berbanding dengan bahan bacaan digital seperti E-Book. Seterusnya acara penyampaian sijil Anugerah NILAM dan Sijil Anugerah Rakan Pembaca diadakan bagi menghargai murid yang terlibat dalam Program Membaca. Warga SMKRS mengucapkan ribuan terimakasih kepada beliau kerana sudi menyempurnakan majlis ini.


Dengan berlangsungnya Program Pelancaran NILAM, pihak AJK Program NILAM berharap agar lebih ramai murid SMK Rapat Setia menanam minat sukakan membaca buku dan terus meminjam banyak buku dari Pusat Sumber Sekolah untuk memantapkan ilmu pengetahuan mereka.

No comments:

Post a Comment

 

SELAMAT DATANG

What time is it ?

Cuaca

TWITTER

Pelawat PSSSMKRS


hit counter

ChatBox PSSSMKRS

Jendela Ilmu








Skop PBS 2014












Pemacu Prestasi Akademik 2014