Pendekatan ke Arah Kecemerlangan Sejarah SPM 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kami ucapkan kepada semua pembaca laman blog Pusat Sumber SMK Rapat Setia ini.Seperti yang telah kita ketahui , Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan syarat bahawa mata pelajaran Sejarah dengan kod 1249 diwajibkan lulus untuk memperoleh sijil SPM . Di samping itu , mata pelajaran Sejarah yang telah diwajibkan lulus mulai Sijil Pelajaran Malaysia 2013 bertujuan untuk melairkan pelajar yang berakhlak mulia kerana Sejarah merupakan mata pelajaran yang sarat dengan fakta , iktibar dan peristiwa-peristiwa yang boleh kita jadikan teladan dalam memperbaiki kehidupan kita . Sejarah juga boleh menjadi pemangkin untuk membentuk para pelajar yang mantap dari segi sahsiah dan seterusnya boleh merealisasikan hasrat kerajaan untuk mencapai wawasan 2020 . Walau bagaimanapun , format pentaksiran mata pelajaran Sejarah telah diubah mulai SPM 2013 . berikut merupakan format pentaksiran mata pelajaran Sejarah yang badu dalam peperiksaan SPM :


FORMAT PENTAKSIRAN MATA PELAJARAN SEJARAH MULAI TAHUN 2013

Bil
Perkara
Kertas 1 (1249/1)
Kertas 2 (1249/2)
Kertas 3 (1249/3)
1
Jenis Instrumen
Objektif
Subjektif
Tugasan
2
Jenis Item
Aneka Pilihan
Struktur & Esei
Tugasan
3
Bilangan Soalan
40 soalan
Bahagian A (Struktur)

4 soalan wajib
40 markah
(10 markah setiap soalan)


Bahagian B (Esei)

7 soalan pilihan
Jawab 3 soalan
60 markah
(20 markah)
1 Tugasan

Nota :

Tema/tajuk umum dimaklumkan kepada calon satu bulan sebelum tarikh peperiksaan bagi Kertas 3.

Tajuk tugasan serta panduan menjawab diberi pada hari peperiksaan
4
Pemberatan
30%
50%
20%
5
Jumlah Markah
40
100
100
6
Tempoh Ujian
1 jam
2 jam 30 minit
3 jam
7
Konstruk
Mengingati
Memahami
Menganalisis
Mengingati
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Menjana idea
Memahami
Mengaplikasi
Menganalisis
Menilai
Menjana idea
Nilai
8
Cakupan Konteks
Sukatan Pelajaran Tingkatan 4 & 5
9
Aras Kesukaran
Sesuai dengan tahap pembelajaran Sejarah murid di hujung Tingkatan Lima

        Oleh hal yang demikian , pihak kami akan mencadangkan buku-buku yang sesuai untuk dijadikan panduan revisi dan ulang kaji pelajar untuk mata pelajaran Sejarah..












GPM Pusat Sumber SMK Rapat Setia
Panitia Sejarah SMK Rapat Setia,
SMK Rapat Setia                                                                                                                                                        27 April 2013

1 comment

  1. salam Admin PSSMKRS.

    terima kasih di atas perkongsian ini. saya dah linkkan entri ini di blog saya..

    ReplyDelete

 

SELAMAT DATANG

What time is it ?

Cuaca

TWITTER

Pelawat PSSSMKRS


hit counter

ChatBox PSSSMKRS

Jendela Ilmu








Skop PBS 2014












Pemacu Prestasi Akademik 2014