hari ini !!! GERHANA BULAN PENUH 10 disember 2011
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Hari ini diangkasaraya akan berlaku fenomena gerhana bulan penuh kali kedua. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011 lepas. Kita akan berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan penuh bermula jam 7.34 malam hingga jam 1.30 pagi.
Pada waktu itu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada di dalam keadaan selari.
Sempena fenomena Gerhana Bulan Penuh yang akan pada 10 Disember 2011 ini. Planetarium Negara akan menganjurkan satu program yang dinamakan program Gerhana Bulan Penuh yang akan diadakan di dataran Planetarium Negara bermula jam 7.30 pm hingga 1.00 am. Masuk adalah percuma !
Bagi yang tidak dapat hadir ke program tersebut. Anda juga boleh mengikuti fenomena Gerhana Bulan Penuh ini secara LIVE!!! Klik link dibawah ini untuk menyaksikan Live Video Webcasting dari Masjid Negara, Kuala Lumpur dari jam 1:25 pagi hingga 7:01 pagi. http://www.angkasa.gov.my/live_webcasting/index.html
Fasa Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011
Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30
Jangan lepaskan peluang untuk sujud memohon keampunan di saat gerhana bulan penuh, caranya solat sunat gerhana atau solat sunat kusuf seperti ada di entri panduan solat sunat gerhana.
Cara Menunaikan Solat Sunat Gerhana Bulan
Yang sempurna ialah dilakukan 2 rakaat dengan setiap rakaat 2 ruku’ dan 2 qiyam yang dipanjangkan bacaan surah dan tasbihnya pada kedua-dua rakaat.
(Kesimpulannya: Jumlah ruku’, qiyam dan sujud adalah sebanyak 4 kali dalam 2 rakaat solat sunat gerhana).
Ini adalah cara yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. bersama para sahabatnya dan melibatkan masa yang amat panjang.
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
Rakaat Pertama
1) Niat
2) Takbiratul Ihram
3) Membaca doa Iftitah
4) Membaca Isti’azah
5) Membaca Surah Al- Fatihah
6) Membaca surah dalam qiyam yang pertama [Al-Baqarah -286 ayat]
7) Rukuk (pertama) dengan membaca tasbih 100 kali.
8 ) Iktidal dan qiyam kedua. Baca Surah Al- Fatihah dan surah [Aali Imran -200 ayat]
9) Rukuk (kedua) dengan membaca tasbih 90 kali
10) Iktidal
11) Sujud (pertama) dengan membaca tasbih 100 kali
12) Duduk di antara dua sujud (sunat dipanjangkan tempohnya)
13) Sujud (kedua) dengan membaca tasbih 90 kali
Rakaat Kedua
1) Qiyam (ketiga). Baca Surah Al-Fatihah .
2) Membaca surah [Al-Nisa’ -176 ayat]
3) Rukuk (ketiga) dengan membaca tasbih 70 kali
4) Iktidal dan qiyam (keempat). Baca Surah Al-Fatihah
5) Membaca Surah [Al-Ma’idah -120 ayat]
6) Rukuk (keempat) dengan membaca tasbih 50 kali
7) Iktidal
8 ) Sujud (ketiga) dengan membaca tasbih 70 kali
9) Duduk antara dua sujud (sunat dipanjangkan tempohnya)
10) Sujud (keempat) dengan membaca tasbih 50 kali
11) Membaca tasyahhud akhir
12) Memberi salam dan Imam bangun menyampaikan dua khutbah.
Lakukanlah solat sunat ini kerana terdapat pelbagai ganjaran yang dijanjikan oleh Allah dalam setiap ibadat hambanya.
Sumber Rujukan: Live Streaming Gerhana Bulan Penuh Dari Planetarium Negara
Subhanallah walhamdulillah walla ilaha ilallah, seluruh kejadian di alam ini sebagai tanda-tanda kebesaran ALLAH SWT dan menjadi pelajaran bagi orang-orang yang berfikir…
No comments:
Post a Comment