Selamat Tahun Baru 2014 dan kembali ke sekolah



Kita sudah hampir di ambang 2014 dan tentulah dengan melangkah tahun baru 2014 akan turut mematangkan kita semua lalu menyebabkan kita untuk memulakan azam baru dengan membuat anjakan paradigma yang baoleh memajukan kita . Sepanjang tahun 2013 , PSSSMKRS ingin mengimbau kembali kejayaan sekolah yang cukup besar iaitu kemenangan di tempat kedua dalam Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat kebangsaan dan kemenangan pasukan SMKRS Community yang berjaya merangkul hadiah utama dalam pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013 peringkat negeri Perak dan diangkat sekali lagi sebagai pemenang tempat kedua di peringkat kebangsaan .Dalam bidang sukan , tahun 2013 merupakan tahun yang "magik" kerana buat pertama kalinya Rumah KOMANWEL berjaya mendapat tempat pertama dalam acara sukan tahunan di sekolah .Kejayaan dalam bidang akademik dapat dilihat apabila terdapat sembilan orang pelajar berjaya mendapat semua A dalam Penilaian Menengah Rendah 2013 yang dikatakan merupakan PMR terakhir sebelum bermulanya PBS tahun 2014 . PSSSMKRS ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua warga sekolah dan selamat kembali ke sekolah . Tanamkan azam baru untuk berjaya dalam akademik dan sukan di sekolah . Selamat tahun baru 2014 dan selamat kembali ke sekolah!!!!



GPM Pusat Sumber SMK Rapat Setia
Facebook , Twitter dan Instagram

PMR 2014 berwajah baru!!!


DALAM satu program temu bual di televisyen penulis ditanya mengenai tindakan pemansuhan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Seperti yang dilaporkan dalam akhbar di mana tahun ini adalah merupakan tahun terakhir pelajar Tingkatan 3 menduduki peperiksaan awam tersebut. Penulis menyatakan bahawa sebenarnya peperiksaan PMR tidak dimansuhkan. Peperiksaan itu akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Walau bagaimanapun formatnya akan diubahsuai dalam bentuk yang baharu. Perubahan ini selaras dengan transformasi pendidikan iaitu untuk menjadikan kaedah pentaksiran lebih bersifat holistik dan berupaya menilai kebolehan pelajar melalui berbagai komponen.
Huraian transformasi kurikulum dan pentaksiran tersebut dapat dirujuk melalui 'Bab 4 - Pembelajaran Murid' dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Sesungguhnya perubahan ketara peperiksaan PMR yang akan datang ialah pelaksanaannya menggunakan kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS itu mempunyai dua komponen iaitu akademik dan bukan akademik. Komponen akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP). Sementara itu komponen bukan akademik mengandungi Pentaksiran Psikometrik (Ppsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PSJSK).

Pentaksiran Sekolah atau PS bermaksud penyediaan soalan dan pemeriksaan jawapan akan diuruskan sendiri oleh guru di sekolah berkenaan. Kandungan soalan yang dikemukakan merangkumi pembelajaran dan pengajaran mulai Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Pentaksiran Pusat atau PP pula merupakan penilaian bertulis yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). LPM akan menyediakan tugasan, instrumen pentaksiran setara, peraturan penskoran, jadual pelaksanaan dan garis panduan. Namun demikian guru akan diberi tanggungjawab untuk mentadbir, mentaksir dan menskor jawapan pelajar berdasarkan peraturan dan panduan yang telah ditetapkan oleh LPM.
Ini bermakna mulai tahun 2014 semua mata pelajaran dalam peperiksaan PMR akan ditaksir dalam bentuk PS dan PP oleh guru-guru di sekolah berkenaan. Tiada lagi peperiksaan berpusat dilaksanakan serentak di seluruh negara yang dikendalikan sepenuhnya oleh LPM seperti yang diamalkan sebelum ini.

Apa yang menariknya peperiksaan PMR 2014 yang berwajah baru itu tidak hanya menilai pelajar melalui komponen akademik atau bidang kognitif semata-mata. Tetapi turut dinilai ialah komponen bukan akademik merangkumi bidang sahsiah, bakat dan kebolehan semula jadi pelajar melalui kaedah Ppsi dan PSJSK.

Menilai
Pentaksiran Psikometrik atau Ppsi merupakan suatu penilaian yang direkabentuk bagi mendapat maklumat pelajar secara kualitatif dan kuantitatif. Ppsi menilai keupayaan seseorang untuk bertindak balas dalam suatu cara tertentu. Ia juga mengukur kebolehan semula jadi atau innate ability dan kebolehan yang diperolehi atau acquired ability daripada pengalaman dan persekitaran.

Di samping itu Ppsi juga turut menilai bakat pelajar dalam bidang muzik, kreativiti, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, kinestatik dan kepintaran naturalis. Pentaksiran ini disediakan dalam bentuk deskriptif mengikut keperluan sama ada secara manual atau berkomputer oleh guru dan pelajar itu sendiri.

Sementara itu, Pentaksiran Aktiviti Sukan, Jasmani dan Kokurikulum atau PSJSK adalah untuk mengukur kecergasan dan kesihatan pelajar dalam pelbagai aktiviti jasmani. Turut ditaksir penyertaan, penglibatan dan prestasi pelajar dalam pelbagai aktiviti kokurikulum dan ekstra kokurikulum. Instrumen dan panduan pentaksiran disediakan oleh LPM dan organisasi berkaitan berdasarkan bidang kepakaran masing-masing.

Ternyata peperiksaan PMR 2014 yang berwajah baru itu merupakan satu langkah kehadapan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan sesuai dengan masa dan keadaan. Pada pendapat penulis sekurang-kurang terdapat tiga faktor yang membawa kepada perubahan tersebut.

Pertama ialah hasil daripada transformasi pendidikan menerusi perancangan strategik Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Mereka mendapati peperiksaan awam yang dilaksanakan tidak menguji kesemua kemahiran yang dihasratkan dalam sistem pendidikan kita. PPPM menganjurkan agar diambil langkah bagi meningkatkan kerangka pentaksiran dan menggunakan rujukan standard seperti yang terdapat dalam PBS. Format pentaksiran baharu ini membolehkan pelajar dinilai berdasarkan keberhasilan yang lebih luas dan dalam tempoh jangka masa lebih panjang.

Kedua, kerap kali dikatakan bahawa pendidikan kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Kita masih lagi mengamalkan peperiksaan awam berpusat dan dijalankan serentak di seluruh negara. Kebiasaannya penilaian terhadap pelajar tertumpu sepenuhnya kepada peperiksaan di akhir setiap peringkat persekolahan mereka. Sudah sampai masanya pentaksiran dilakukan dalam tempoh masa yang panjang dan turut menilai kebolehan pelajar di luar bidang akademik. Oleh itu semestinya komponen sahsiah, bakat, kebolehan semulajadi dan kokurikulum perlu diberi ruang dan peluang untuk dinilai.

Ketiga mengembalikan semula peranan mentaksir pelajar kepada guru. Ketika ini tugas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan sepenuhnya oleh guru tetapi tugas menilai pelajar diserahkan pula kepada pihak yang lain. Sekiranya peranan mentaksir pelajar diberikan sepenuhnya kepada guru maka ia dilihat lebih memberi keadilan dan kesaksamaan kepada pelajar yang terdiri daripada berbagai tahap kebolehan dan kepintaran.

Pada hakikatnya, isu guru dikatakan mengajar hanya bagi tujuan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sering menjadi polemik. Akibatnya ada yang mengemukakan soalan sama ada peperiksaan awam patut dikekalkan atau dimansuhkan. Seharusnya apa sahaja peperiksaan tidak memberi impak negatif kepada pelajar. Namun demikian cabarannya ialah bagaimanakah peperiksaan awam yang dilaksanakan dapat menguji kesemua kemahiran seperti yang dihasratkan dalam sistem pendidikan kita.
Justeru dengan pengenalan kaedah penilaian yang berwajah baru melalui peperiksaan PMR 2014 diharapkan akan menjadi perintis kepada pentaksiran dalam peperiksaan awam yang lain di masa hadapan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131020/re_20/PMR-2014-akan-berwajah-baru#ixzz2oRWWtlEJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Pihak PSSSMKRS menulis entry ini kerana PMR2013 baru sahaja tamat dan masih ramai lagi yang tidak tahu akan penilaian akademik untuk pelajar Tingkatan 3 tahun depan sejak Pentaksiran Berasakan Sekolah mendominasi sistem pendidikan menengah rendah.

Facebook , Twitter dan Instagram

Calon PBSMR 2014 ibarat "bahan eksperimen" sistem pendidikan 2014

Seperti yang sedia maklum bahawa Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) bermula 2014 sekaligus menamatkan Penilaian Menengah Rendah 2013 (PMR 2013) yang baru sahaja diumumkan keputusannya Khamis lalu . Pentaksiran Berasakan Sekolah telah dijalankan bermula tahun 2012 dan pelajar tingkatan 3 tahun depan akan menamatkan PBS dengan menduduki PBSMR 2014 yang merangkumi empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Matematik dan Sains . Soalan adalah selaras yang akan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan penilaian PBSMR akan dilakukan oleh guru di sekolah masing-masing . Empat mata pelajaran yang lain seperti Sejarah , Geografi , Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup Bersepadu akan dilakukan penilaian mengikut prosedur PBS . Sehingga kini , Lembaga Peperiksaan masih belum membuat kata putus mengenai pelaksaan PBS yang sebenarnya bermula tahun hadapan.Calon pertama PBSMR 2014 yang diibaratkan seperti " bahan eksperimen " diharapkan dapat meningkatkan prestasi akademik mereka walaupun dalam projek pelaksanaan PBS.

Belajar bersama SASBADI

Kemunculan buku-buku akdemik di pasaran semakin pesat ibarat cendawan tumbuh selepas hujan . Kini,semakin banyak penerbit-penerbit buku berusaha untuk menerbitkan buku-buku yang berkualiti dan mengikut huraian sukatan pelajaran yang terkini. Namun , pihak Pusat Sumber SMK Rapat Setia ingin mempromosikan buku-buku akademik yang berkualiti dan amat sesuai untuk dijadikan medium pembelajaran dan pengajaran di sekolah mahupun di rumah.Buku-buku yang PSSSMKRS ingin promosikan ini ialah buku-buku yang telah diterbitkan oleh penerbit yang sudah 28 tahun menerbitkan buku-buku yang menjadi pemangkin prestasi pelajar-pelajar di Malaysia.PSSSMKRS ingin mengambil kesempatan ini untuk mempromosikan buku keluaran SASBADI SDN BHD










PSSSMKRS : Facebook , Twitter dan Instagram




LAPORAN
KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH
Hantarkan ke PKG dalam kawasan anda pada atau sebelum 07 November 2013

Nama sekolah            :           SMK. RAPAT SETIA, IPOH, PERAK
Alamat Sekolah         :           Jalan Tenaga , Rapat Setia, 31350 Ipoh, Perak.
Nama PKG                :           PKG Seri Ampang
Kategori Sekolah       :           Bandar

Aktiviti yang dilaksanakan:
Tarikh
Nama Aktiviti
Jumlah Penglibatan
Pelajar
Guru

28.10.2013
(Isnin)
-         Majlis Pelancaran KM1M  2013
-         Membaca Utusan Pengguna selama 35   minit.
-        Kuiz Utusan Pengguna
-        Pertandingan NILAM (sesi petang)
-        Pertandingan Peminjam Buku Terbanyak (sesi petang)
Tingkatan 3:
140

Tingkatan 1&2:

393

10 orang

29.10.2013
(Selasa)

-        -    Jejak Maklumat
-       Pertandingan Melukis Kulit Buku
-    Klinik Membaca (Bengkel Membina              Peta Minda)
-       Pameran dan Jualan Buku


1136


10 orang

staf sokongan

30.10.2013
(Rabu)

-       Pameran dan Jualan Buku
-       Pertandingan Kuiz Bijak Bahasa
-       Majlis Penyampaian Hadiah


1128
  
12 orang
staf sokongan










SELAMAT BERCUTI 

Cuti sekolah tiba lagi!!!. Cikgu  yakin murid-murid bersorak riang kerana mereka akan bercuti panjang selama sebulanJusteru itu,cikgu kongsikan  beberapa tip mengisi masa cuti sekolah agar anak murid yang dikasihi akan menghabiskan masa cuti dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat. Antara aktiviti yang berfeadah:

Kem cuti sekolah
Pelbagai kem-kem yang ada sempena cuti sekolah ini. Ambillah peluang dengan menyertai kem (camp) yang berfaedah dan dapat memberi input yang baik pada
kamu seperti Kem Ibadah, Kem Jati Diri dan sebagainya. 

Sertai kelas kemahiran
Bagi memastikan cuti kamu terisi dengan aktiviti berfaedah, kamu juga boleh memilih untuk menyertai kelas jangka pendek seperti kelas memasak (cooking class), kelas muzik, kelas melukis atau kelas seni mempertahankan diri.

Siapkan tugasan sekolah
Pada adik-adik yang bakal menduduki UPSR pada tahun (year) hadapan, pasti banyak tugasan sekolah yang telah dibekalkan oleh guru sepanjang cuti sekolah ini.  Oleh itu, dalam pada seronok bercuti, jangan kamu lupa menyiapkan tugasan tersebut ya.

Membaca buku cerita
Semasa cuti persekolahan ini, dapatlah kamu menghabiskan membaca buku cerita (story) kegemaran kamu. Ini akan memupuk semangat membaca dan memberi
keyakinan untuk berucap dihadapan orang ramai.

Singgah ke perpustakaan
Luangkan masa kamu untuk singgah ke perpustakaan (library). Persekitaran yang sunyi dan tenang pasti memberikan pembacaan yang lebih rileks. Bahan bacaan yang mempunyai nilai-nilai murni dapat dijadikan pengajaran. 

Melawat sanaksaudara
Ambillah peluang pada musim cuti  sekolah ini untuk mengeratkan tali persaudaraan dengan menziarahi sanak-saudara yang sudah lama tidak bertemu.

Melawat ke tempat bersejarah dan ilmu
Selain membaca buku, melalui lawatan ke tempat-tempat bersejarah atau pusat sains seperti Muzium, Petrosains dan Planetarium juga dapat menambah ilmu pengetahuan (knowledge) kamu.

Hadiri kelas insentif Al-Quran
Bagi memastikan masa lapang adik-adik dipenuhi dengan programprogram berfaedah, kamu juga  boleh menghadiri (attend) kelas insentif Al-Quran. Selain dapat
memperbaiki bacaan, kamu juga pasti dapat berkenalan dengan kawan baru. 

Bersiar bersama keluarga 
Ketika cuti sekolah ini cadangkan pada ibu bapa untuk keluar bersiarsiar ke tempat-tempat menarik. Aktiviti ini pasti dapat mengeratkan lagi hubungan (relationship)
kekeluargaan. 

Berkebun bersama ibu bapa 
Berkebun bersama ibu bapa boleh dijadikan sebagai salah satu aktiviti masa lapang pada musim cuti sekolah. Selain dapat mempelajari ilmu pertanian, berkebun juga dapat menyihatkan tubuh badan (body). 

Kemas rumah dan bilik tidur
Mungkin sebelum ini tugas mengemas dikendalikan oleh ibu, apa kata sesekali ringankan tangan adik-adik membantu ibu  mengemas rumah dan bilik tidur (bedroom). Dengan ini kamu dapat meringankan tugasan hariannya. 

Menonton televisyen
Ketika cuti persekolahan inilah dapatlah adik-adik menonton rancangan kegemaran (favourite) di televisyen tetapi janganlah terlalu leka sehingga lupa untuk  membantu ibu bapa melakukan kerja rumah.

Beriadah bersama kawan
Adik-adik juga boleh mengisi jadual cuti kamu dengan beriadah bersama kawankawan di taman (park) permainan. Selain dapat memberi kesan baik pada kesihatan, ia juga dapat mengeratkan persahabatan kamu.

Bergotong-royong
Pada cuti ini, apa kata kamu bersama keluarga bergotong-royong mengemas rumah dan kawasan keliling rumah. Persekitaran (environment) yang bersih akan mendatangkan suasana harmoni di dalam keluarga. 

Membuat persiapan sekolah tahun hadapan
Jangan lupa untuk membuat persiapan (preparation) persekolahan tahun hadapan. Kemas buku-buku, beli kelengkapan alat tulis dan sebagainya. Persiapan
awal dapat memberi motivasi awal untuk belajar.

Kemahiran Memasak:
        

















Pesan cikgu gunakanlah kesempatan masa cuti yang ada dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat dan sentiasa menjaga kesihatan diri. Selamat kembali semula ke sekolah pada 02 Januari 2014. InsyaAllah..

Daripada : Nor Azlina bt Mansor/gpm


TERIMA KASIH BERITA HARIAN


Pihak sekolah SMK. Rapat Setia, mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak akhbar BERITA HARIAN kerana telah menyumbangkan akhbar percuma sebanyak 50 naskah setiap hari persekolahan tahun 2013.

Sumbangan ini dapat  dapat membantu guru berkongsi maklumat mengenai bahan rujukan tambahan bagi memudahkan proses pembelajaran. Sebagai contoh, akhbar Berita Harian menerusi terbitan sisipan Didik Minda dan Skor setiap Isnin, Selasa dan Rabu. Ketiga-tiga sisipan berkenaan lengkap dengan silibus pendidikan semasa dan memenuhi keperluan calon yang akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ia boleh dijadikan alat bantuan mengajar  bagi membantu kecemerlangan pelajar SMKRS yang akan menduduki peperiksaan awam. 


Keprihatinan pihak Berita Harian dalam membantu meningkatkan tabiat membaca dan prestasi pencapaian pelajar khususnya si di SMKRS amatlah dialu-alukan pada tahun 2014 .


Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan.

Buah selasih buah kelubi
di dalam dulang hidangan pagi
Terima kasih daun keladi
Tahun hadapan  berilah lagi  
-  Cikgu Nor Azlina bt Mansor/GPM

Selamat menyambut maal hijrah | ucapan awal muharram 1435H/2013M


Pada hari Selasa ini, 5 November 2013 kita umat Islam akan menyambut Awal Muharram 1435H. Saya mengucapkan salam Maal Hijrah 1435 kepada seluruh umat Islam di Dunia ini, khas kepada warga SMKRS.

Kepada semua umat Islam…
Moga tahun baru ini kita semua  lebih berusaha..lebih berjaya ..lebih bahagia ..lebih takwa dari hari sebelumnya….

 Info Sambutan Maal Hijrah 1435h
Sambutan  Maal Hijrah ini merupakan kesinambungan dalam memperingati dan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah yang telah mengubah senario dan lanskap dunia. Umat Islam pada ketika itu telah berubah daripada umat yang ditindas kepada umat yang kuat dan gagah dan mampu memerintah dan mentadbir  Madinah sekaligus memiliki kerajaan sendiri. Makanya umat Islam telah bebas bergerak menyampaikan dan mengembangkan dakwah Islam ke mana sahaja.

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:
  • Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  • Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  • Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  • Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali
 Terus beramal….
Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
  • Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  • Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  • Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  • Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  • Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  • Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  • Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  • Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  • Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
Cikgu Nor Azlina/gpm.smkrs

 
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN SPM
Assalamualaikum w.b.t
Saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua calon SPM pada tahun ini yang akan bermula pada 6 November 2013. Mulai lah dengan Bismillah .. Akhiri dengan Alhamdullilah. Jawablah soalan dengan tenang, insya-Allah kejayaan menjadi milik kalian. Saya turut mendoakan kejayaan anda. Amin
Cikgu Nor Azlina/gpm smkrs

4 hari lagi nak #PMR2013 !!!!!

    Seperti yang sedia maklum  , peperiksaan awam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan bermula pada 2 Oktober 2013 . Seperti yang diharapkan , peningkatan dalam peratusan GPS PMR akan meningkat untuk tahun 2013...PSSSMKRS cuma boleh mengharapkan semua calon buat yang terbaik dalam peperiksaan tersebut .PSSSMKRS doakan kejayaan semua calon PMR2013 . Sekian ,terima kasih..

GPM Pusat Sumber SMK Rapat Setia

Pembakar Semangat buat Kecemerlangan dalam Percubaan SPM dan SPM 2013


Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia 2013 akan bermula pada minggu hadapan . Konsep peperiksaan tahun ini adalah tidak selaras negeri Perak . Hal ini demikian kerana tidak semua sekolah akan menjalankan peperiksaan percubaan secara serentak . Namun , SMK Rapat Setia telah menetapkan bahawa peperiksaan akan bermula 2 September 2013 dan soalan-soalan bagi semua mata pelajaran disediakan oleh guru-guru SMK Rapat Setia dan panitia-panitia mata pelajaran masing-masing . Apa yang pihak kami ingin katakan kepada semua pelajar tingkatan 5 ialah jadikan peperiksaan ini sebagai peperiksaan penting kerana percubaan SPM merupakan penentu seseorang pelajar itu layak untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM . Berbekalkan dengan keputusan percubaan SPM yang bagus , seseorang pelajar sudah layak untuk memohon kemasukan ke institut pengajian tinggi awam , matrikulasi atau ke tingkatan enam . Selain itu , sekiranya keputusan percubaan SPM tidaklah sebaik seperti yang anda semua harapkan , janganlah berputus asa sebaliknya teruskanlah usaha anda . Cuba mencari kelemahan dalam setiap mata pelajaran agar anda dapat mengetahui kaedah untuk membaikinya dan ini akan menjadi prospek buat kecemerlangan anda dalam peperiksaan SPM.Akhir kata , selamat maju jaya kepada semua calon #SPM2013 daripada PSSSMKRS

Nota : Biasanya peperiksaan percubaan lebih susah berbanding peperiksaan yang sebenar

Nota : Pastikan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah lulus dan lagi baik kalau A

GPM Pusat Sumber SMK Rapat Setia



Nota :

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua pelajar-pelajar, guru -guru, guru cemerlang , guru kanan , penolong kanan dan puan pengetua SMK Rapat Setia  SALAM AIDILFITRI dan Lebaran.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN


  
Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema mengegarkan jiwa,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta dihari mulia.
Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.
Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.
Maaf zahir dan batin.
Cahaya ramadam berlalu pergi,
Menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal dihati.
Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.
Andai jemari tak sempat berjabat,
andai raga tak dapat bertatap,
seiring beduk yang menggema,
seruan takbir yang berkumandang,
ku aturkan salam menyambut
hari raya idul fitri,
jika ada kata serta khilafku membekas lara,
mohon maaf lahir dan batin.
Jika jiwa sebening air,
maka jangan keruhkan.
Jika hati seputih awan,
jangan mendungkan.
Raih kemenangan dengan saling bermaafan.
Selamat Hari Raya Idul Fitri.
Ramadhan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma di aidilfitri,
Seikhlas hati menyusun jari,
memohon dimaaf kekhilafan diri,
Salam Aidilfitri, maaf zahir batin
Bakar lemang sambil berdiri,
Untuk juadah AIDIL Fitri,
NAk antar KAD RAYA Posmen dah cuti,
SMS aje penggganti diri.
Maaf Zahir dan Batin,
Jambangan indah lagi Berseri,
Mnjadi hiasan diAidilfitri,
SMS dkirim pengganti diri.
Tanda ingatan tk lupa dihati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Mohon maaf Zahir & Batin.
B4 ÄidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator bz,
B4 msg asik pending,
B4 kdt abes..
Nk wish awl2, slamat Hari Raya Aidilfitri,
mäÅf zäHir & BÄtin..
BiLe RaYa LiNe Bz GiLa,
MaSa Tu MaKi Pun x GuNa,
MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa,
OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa,
uCaP sKrG Pn BoLeH aPa!
SeLaMaT HaRì RäYe.
Tiba kita di musim perayaan,
Ramai juga yang shopping sakan.
Salam lebaran daku ucapkan,
Di hari raya saling bermaafan.
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Kian Berlabuh Tirai Ramadhan,
Lambaian Syawal Kian Dinanti,
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan,
Semoga Kesalahan Dimaafi,
Selamat Hari Raya,
Maaf Zahir Batin.
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidil fitri.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Di Aidil Fitri Mulia,
Maaf Dipinta andainya TERkasar Bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yg x kena
TERtanya yg x tentu hala
TERsasul yg x sengaja
TERpukul kat mana2
TERpinjam harta benda
TERmoody x semena2
TERumpat bila2 & macam2 lg yg TERsalah & TERsilap.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di aidil fitri,
SMS dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI,
MAAF ZAHIR BATIN
Blm Ramadhan mnjelang kini,
Sdhlh tiba masa dnanti,
Syaitan & Iblis sdh dgari,
Tgllh Jembalang yg baca SMS ini!!!
Lapar Puasa Terketar2,
Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat nak hantar,
SMS pun kira oklah ye…!
Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.
Malam-malam lihat lampu jalan,
tengok-tengok hantu raya,
hati-hati diatas jalan,
supaya selamat pulang beraya.
bulan ramadhan bulan yang mulia,
di sambut dengan hati yang gembira,
kini syawal semakin menjelma,
tangan ku hulurkan maaf dipinta…
Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.
Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.. ;b
Cincin disarung hati berdebar
Jarinan lembut wajah terhias
Ramadan disambut penuh sabar
Aidilfitri disambut dengan meriah
Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan
Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yg ku lakukan
Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak de,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwe.
Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam.
Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso.
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada (nama penghantar dan family)
Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.

My Sumber - http://www.mysumber.com/info/ucapan-dan-pantun-hari-raya-aidilfitri-2012#ixzz2asTms4ou

www.facebook.com/PSSSMKRS
www.twitter.com/PSSSMKRS

 

SELAMAT DATANG

What time is it ?

Cuaca

TWITTER

Pelawat PSSSMKRS


hit counter

ChatBox PSSSMKRS

Jendela Ilmu








Skop PBS 2014












Pemacu Prestasi Akademik 2014