Salam Maal Hijrah 1433 / 1 Muharram
Satu Muharam Detik Permulaan, Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Rasullah Dan Umat Islam, Dari Kota Makkah Ke Kota Madinah
Atas Keyakinan Dan Iman Yang Teguh, Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta Dan Nyawa, Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan, Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan, Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Warga SMKRS Semua, Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman, Untuk Sepanjang Zaman
Mari kita sama-sama berdoa semoga dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki yang halal, dirahmati dan diberkati dan seribu macam doa yang baik-baik lagi. Semoga semangat hijrah 1433H menjadikan kita hamba Allah yang lebih baik dari semalam....
Sambutan Maal Hijrah 1433Hijrah peringkat kebangsaan bertemakan “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah” Semoga di tahun baru ini seluruh umat Islam mencapai persefahaman dan persepaduan membentuk Ummah yang lebih dihormati.
SALAM MAAL HIJRAH 1433 UNTUK SEMUA
jom tambah pahala....
jom tambah pahala....
Amalan-Amalan Sunat :
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam seperti :-
~ Berpuasa.
Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam seperti :-
~ Berpuasa.
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.
Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
~ Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
~ Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3x
~ Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3x
Bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah:
Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.
Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam:Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,
“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.
Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.
Selamat beribadah.
No comments:
Post a Comment