skip to main |
skip to sidebar
Info PSS
PERATURAN-PERATURAN PSS
- Kad Keahlian dikenakan bayaran sekali sahaja iaitu RM1.00.
- Tempoh pinjaman ialah ;
a)seminggu sebuah buku, denda lewat RM0.10 sehari termasuk cuti hujung minggu dan cuti am.
b)pinjaman semula buku yang sama hanya dibenarkan sekali.
- Guru dan kakitangan sekolah boleh meminjam 2 buah buku selama 2 minggu.
- Sekiranya buku PSS hilang, penggantian semula diwajibkan sama ada menggantikan buku yang baru atau pembayaran dua kali ganda nilai buku tersebut.
- Kad keahlian tidak boleh dipindah milik. Sekiranya hilang, bayaran RM2.00 untuk kad yang baru.
- Buku bertanda merah hanya untuk rujukan di dalam Pusat Sumber (tidak boleh dipinjam keluar).
- Pelajar-pelajar haruslah berpakaian sekolah atau pakaian PJK yang kemas sewaktu berada di PSS.
- Pengguna-pengguna tidak dibenarkan makan,minum dan membuat bising di dalam PSS.
- Pelajar-pelajar hendaklah meletakkan beg dan buku di rak almari yang terletak di luar Pusat Sumber.
- Guru yang ingin menggunakan Bilik APD & PSS mesti membuat tempahan di Buku Rekod Tempahan Penggunaan APD & PSS dan Buku Rekod Penggunaan Bilik APD & PSS.
- Guru yang membawa masuk pelajar-pelajar hendaklah mengawal disiplin serta memastikan kebersihan dijaga selepas menggunakannya.
No comments:
Post a Comment