Selamat Tahun Baru 2014 dan kembali ke sekolah



Kita sudah hampir di ambang 2014 dan tentulah dengan melangkah tahun baru 2014 akan turut mematangkan kita semua lalu menyebabkan kita untuk memulakan azam baru dengan membuat anjakan paradigma yang baoleh memajukan kita . Sepanjang tahun 2013 , PSSSMKRS ingin mengimbau kembali kejayaan sekolah yang cukup besar iaitu kemenangan di tempat kedua dalam Pertandingan Puisi dan Lagu peringkat kebangsaan dan kemenangan pasukan SMKRS Community yang berjaya merangkul hadiah utama dalam pertandingan Liga Remaja Kreatif 2013 peringkat negeri Perak dan diangkat sekali lagi sebagai pemenang tempat kedua di peringkat kebangsaan .Dalam bidang sukan , tahun 2013 merupakan tahun yang "magik" kerana buat pertama kalinya Rumah KOMANWEL berjaya mendapat tempat pertama dalam acara sukan tahunan di sekolah .Kejayaan dalam bidang akademik dapat dilihat apabila terdapat sembilan orang pelajar berjaya mendapat semua A dalam Penilaian Menengah Rendah 2013 yang dikatakan merupakan PMR terakhir sebelum bermulanya PBS tahun 2014 . PSSSMKRS ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua warga sekolah dan selamat kembali ke sekolah . Tanamkan azam baru untuk berjaya dalam akademik dan sukan di sekolah . Selamat tahun baru 2014 dan selamat kembali ke sekolah!!!!



GPM Pusat Sumber SMK Rapat Setia
Facebook , Twitter dan Instagram

PMR 2014 berwajah baru!!!


DALAM satu program temu bual di televisyen penulis ditanya mengenai tindakan pemansuhan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Seperti yang dilaporkan dalam akhbar di mana tahun ini adalah merupakan tahun terakhir pelajar Tingkatan 3 menduduki peperiksaan awam tersebut. Penulis menyatakan bahawa sebenarnya peperiksaan PMR tidak dimansuhkan. Peperiksaan itu akan diteruskan pada tahun-tahun yang akan datang.

Walau bagaimanapun formatnya akan diubahsuai dalam bentuk yang baharu. Perubahan ini selaras dengan transformasi pendidikan iaitu untuk menjadikan kaedah pentaksiran lebih bersifat holistik dan berupaya menilai kebolehan pelajar melalui berbagai komponen.
Huraian transformasi kurikulum dan pentaksiran tersebut dapat dirujuk melalui 'Bab 4 - Pembelajaran Murid' dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang telah dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Sesungguhnya perubahan ketara peperiksaan PMR yang akan datang ialah pelaksanaannya menggunakan kaedah Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). PBS itu mempunyai dua komponen iaitu akademik dan bukan akademik. Komponen akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP). Sementara itu komponen bukan akademik mengandungi Pentaksiran Psikometrik (Ppsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PSJSK).

Pentaksiran Sekolah atau PS bermaksud penyediaan soalan dan pemeriksaan jawapan akan diuruskan sendiri oleh guru di sekolah berkenaan. Kandungan soalan yang dikemukakan merangkumi pembelajaran dan pengajaran mulai Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.

Pentaksiran Pusat atau PP pula merupakan penilaian bertulis yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). LPM akan menyediakan tugasan, instrumen pentaksiran setara, peraturan penskoran, jadual pelaksanaan dan garis panduan. Namun demikian guru akan diberi tanggungjawab untuk mentadbir, mentaksir dan menskor jawapan pelajar berdasarkan peraturan dan panduan yang telah ditetapkan oleh LPM.
Ini bermakna mulai tahun 2014 semua mata pelajaran dalam peperiksaan PMR akan ditaksir dalam bentuk PS dan PP oleh guru-guru di sekolah berkenaan. Tiada lagi peperiksaan berpusat dilaksanakan serentak di seluruh negara yang dikendalikan sepenuhnya oleh LPM seperti yang diamalkan sebelum ini.

Apa yang menariknya peperiksaan PMR 2014 yang berwajah baru itu tidak hanya menilai pelajar melalui komponen akademik atau bidang kognitif semata-mata. Tetapi turut dinilai ialah komponen bukan akademik merangkumi bidang sahsiah, bakat dan kebolehan semula jadi pelajar melalui kaedah Ppsi dan PSJSK.

Menilai
Pentaksiran Psikometrik atau Ppsi merupakan suatu penilaian yang direkabentuk bagi mendapat maklumat pelajar secara kualitatif dan kuantitatif. Ppsi menilai keupayaan seseorang untuk bertindak balas dalam suatu cara tertentu. Ia juga mengukur kebolehan semula jadi atau innate ability dan kebolehan yang diperolehi atau acquired ability daripada pengalaman dan persekitaran.

Di samping itu Ppsi juga turut menilai bakat pelajar dalam bidang muzik, kreativiti, kemahiran interpersonal dan intrapersonal, kinestatik dan kepintaran naturalis. Pentaksiran ini disediakan dalam bentuk deskriptif mengikut keperluan sama ada secara manual atau berkomputer oleh guru dan pelajar itu sendiri.

Sementara itu, Pentaksiran Aktiviti Sukan, Jasmani dan Kokurikulum atau PSJSK adalah untuk mengukur kecergasan dan kesihatan pelajar dalam pelbagai aktiviti jasmani. Turut ditaksir penyertaan, penglibatan dan prestasi pelajar dalam pelbagai aktiviti kokurikulum dan ekstra kokurikulum. Instrumen dan panduan pentaksiran disediakan oleh LPM dan organisasi berkaitan berdasarkan bidang kepakaran masing-masing.

Ternyata peperiksaan PMR 2014 yang berwajah baru itu merupakan satu langkah kehadapan yang diambil oleh Kementerian Pendidikan sesuai dengan masa dan keadaan. Pada pendapat penulis sekurang-kurang terdapat tiga faktor yang membawa kepada perubahan tersebut.

Pertama ialah hasil daripada transformasi pendidikan menerusi perancangan strategik Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Mereka mendapati peperiksaan awam yang dilaksanakan tidak menguji kesemua kemahiran yang dihasratkan dalam sistem pendidikan kita. PPPM menganjurkan agar diambil langkah bagi meningkatkan kerangka pentaksiran dan menggunakan rujukan standard seperti yang terdapat dalam PBS. Format pentaksiran baharu ini membolehkan pelajar dinilai berdasarkan keberhasilan yang lebih luas dan dalam tempoh jangka masa lebih panjang.

Kedua, kerap kali dikatakan bahawa pendidikan kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Kita masih lagi mengamalkan peperiksaan awam berpusat dan dijalankan serentak di seluruh negara. Kebiasaannya penilaian terhadap pelajar tertumpu sepenuhnya kepada peperiksaan di akhir setiap peringkat persekolahan mereka. Sudah sampai masanya pentaksiran dilakukan dalam tempoh masa yang panjang dan turut menilai kebolehan pelajar di luar bidang akademik. Oleh itu semestinya komponen sahsiah, bakat, kebolehan semulajadi dan kokurikulum perlu diberi ruang dan peluang untuk dinilai.

Ketiga mengembalikan semula peranan mentaksir pelajar kepada guru. Ketika ini tugas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan sepenuhnya oleh guru tetapi tugas menilai pelajar diserahkan pula kepada pihak yang lain. Sekiranya peranan mentaksir pelajar diberikan sepenuhnya kepada guru maka ia dilihat lebih memberi keadilan dan kesaksamaan kepada pelajar yang terdiri daripada berbagai tahap kebolehan dan kepintaran.

Pada hakikatnya, isu guru dikatakan mengajar hanya bagi tujuan mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan sering menjadi polemik. Akibatnya ada yang mengemukakan soalan sama ada peperiksaan awam patut dikekalkan atau dimansuhkan. Seharusnya apa sahaja peperiksaan tidak memberi impak negatif kepada pelajar. Namun demikian cabarannya ialah bagaimanakah peperiksaan awam yang dilaksanakan dapat menguji kesemua kemahiran seperti yang dihasratkan dalam sistem pendidikan kita.
Justeru dengan pengenalan kaedah penilaian yang berwajah baru melalui peperiksaan PMR 2014 diharapkan akan menjadi perintis kepada pentaksiran dalam peperiksaan awam yang lain di masa hadapan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131020/re_20/PMR-2014-akan-berwajah-baru#ixzz2oRWWtlEJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Pihak PSSSMKRS menulis entry ini kerana PMR2013 baru sahaja tamat dan masih ramai lagi yang tidak tahu akan penilaian akademik untuk pelajar Tingkatan 3 tahun depan sejak Pentaksiran Berasakan Sekolah mendominasi sistem pendidikan menengah rendah.

Facebook , Twitter dan Instagram

Calon PBSMR 2014 ibarat "bahan eksperimen" sistem pendidikan 2014

Seperti yang sedia maklum bahawa Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan bahawa peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan digantikan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah (PBSMR) bermula 2014 sekaligus menamatkan Penilaian Menengah Rendah 2013 (PMR 2013) yang baru sahaja diumumkan keputusannya Khamis lalu . Pentaksiran Berasakan Sekolah telah dijalankan bermula tahun 2012 dan pelajar tingkatan 3 tahun depan akan menamatkan PBS dengan menduduki PBSMR 2014 yang merangkumi empat mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Matematik dan Sains . Soalan adalah selaras yang akan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan penilaian PBSMR akan dilakukan oleh guru di sekolah masing-masing . Empat mata pelajaran yang lain seperti Sejarah , Geografi , Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup Bersepadu akan dilakukan penilaian mengikut prosedur PBS . Sehingga kini , Lembaga Peperiksaan masih belum membuat kata putus mengenai pelaksaan PBS yang sebenarnya bermula tahun hadapan.Calon pertama PBSMR 2014 yang diibaratkan seperti " bahan eksperimen " diharapkan dapat meningkatkan prestasi akademik mereka walaupun dalam projek pelaksanaan PBS.
 

SELAMAT DATANG

What time is it ?

Cuaca

TWITTER

Pelawat PSSSMKRS


hit counter

ChatBox PSSSMKRS

Jendela Ilmu








Skop PBS 2014












Pemacu Prestasi Akademik 2014