RINGKASAN SEJARAH
DAN
FAHAMAN SYIAH
Adapun mengikut terminologi(istilah) syariat Islam : Mereka yang berpendapat bahawa Saidina Ali bin Abi Thalib lebih berhak untuk memegang tampuk pemerintahan dan lebih utama daripada sahabat-sahabat lain.[2]
Asalnya, Syiah terpecah daripada Islam disebabkan persoalan Siasah(Politik). Begitulah juga dengan firqah Khawarij[3], namun ketika peristiwa kematian
Sayyidina Hussin bin Ali di Karbala[4], pengaruh Syiah makin meluas lalu
dikenali sebagai satu fahaman dan mazhab aqidah.
Oleh itu, pelbagai fahaman dan fatwa ganjil daripada Syiah yang
dikeluarkan sehingga membawa kepada percanggahan dalam masalah aqidah
(pegangan) dan pelbagai masalah fiqh.Asalnya mereka ingin mempertahankan Ahli
Bait Rasulullah s.a.w. namun semangat kecintaan tersebut telah diseleweng oleh
beberapa ideologi sesat yang telah dibawa masuk.
Antara pendapat ulama’ menyatakan, pengasas utama Syiah adalah
Abdullah bin Saba’[5]yang berpura-pura menganut Islam
semata-mata menjadi duri dalam daging umat Islam.Ini disokong oleh kebanyakan
ulama’ Sunni dan Syiah sendiri kerana antara puak-puak Syiah ada yang
dinisbahkan kepada namanya iaitu puak “al-Sabaiah” (السبائية).
Satu peristiwa terjadi ketika Abdullah bin Saba’ pernah sekali
berjumpa dengan Saidina Ali bin Abi Thalib :“Kamulah (Ali) kamulah (Tuhan) ,
lalu diulang-ulang beberapa kali, maka Saidina Ali berkata : Celakalah kamu
(dengan perkataanmu itu), Saidina Ali bertanya : Siapakah aku yang sebenarnya?
Lalu Abdullah bin Saba’ berkata lagi : Kamulah Allah !!! ”.[6]
Disebabkan perkataan tersebut, maka Saidina Ali telah
memerintahkan menterinya untuk membakar golongan Syiah Saba’iah tersebut[7]. Syiah selepas zaman Saidina Ali
berpecah kepada empat kumpulan yang terbesar yang akan dinyatakan nanti.
Syiah pada zaman sekarang yang dianggap benar-benar mu’tadil
adalah Zaidiah[8].Adapun Imamiah Isna ‘Asyar, ulamak
khilaf. Kebanyakan daripada para syeikh Al-Azhar mengambil pendekatan yang wasatiah (pertengahan) mengatakan mereka
dikalangan mu’tadil (masih boleh diajak berbincang dalam proses taqrib).
Antara ulama' yang berpendapat sedemikian seperti Syeikhul Azhar
Mahmud Shaltut, Mufti Mesir Syeikh Nuruddin Ali Jumaat, Syeikh ‘Atiah Saqar,
Syeikh Yusoff al-Qardhawi, Syeikh Ibrahim al-Bayumi dan lain-lain.
Namun ada juga pendapat yang lebih keras mengatakan Imamiah Isna
‘Asyar ini telah keluar daripada Islam kerana sampai kelampauan mereka kepada
sahabat-sahabat Nabi, berpegang kepada pentahrifan(ditokok tambah)
Quran, merendahkan martabat Rasul, menolak dan tidak berhujjah dengan
sebahagian besar hadith-hadith sahih melainkan yang selari dengan aqidah
mereka, mempercayai imam mereka maksum sebagaimana Rasulullah, menyangka imam
mereka belum wafat lalu diangkat oleh Tuhan dan akan diturunkan sebagai Imam
Mahdi kelak, imam mereka mengetahui perkara-perkara ghaib dan lain-lain.
Pendapat kedua ini kebanyakannya dipegang oleh ulama-ulama yang
berfahaman Salafi antaranya Ibn Taimiyyah, ibn Qayyim al-Jauzi, Abdullah bin
Abd Wahab, Mufti Saudi Syeikh Muhammad bin Ibrahim, Syeikh al-Bani dan
lain-lain[9].
Namun secara konklusi apa yang pasti, sekiranya kelampauan yang
ditunjukkan oleh kelompok Syiah Imamiah tersebut tidak sampai kepada had ghulah[10], maka mereka masih
lagi dalam Islam namun dalam keadaan fasiq dan ahli bidaah. Itupan sekiranya
mereka tidak memusuhi Ahli Sunnah wal Jamaah lebih daripada mereka memusuhi
golongan kafir seperti Yahudi, Nasrani dan selainnya.
Namun apa yang berlaku, kebencian yang amat sangat ditunjukkan
dikalangan mereka terhadap Sunni sehingga sanggup bersama melakukan
perkomplotan bersama kaum kuffar semata-mata menghancurkan golongan
Sunni.
Inilah yang dirakamkan kebimbangan dan penjelasan oleh Syeikh
Said Hawwa dalam buku kecilnya “al-Khomeinisma :
Ganjil dari sudut pegangan dan pendirian”.
1. Imamiah (الإمامية): Dikenali dengan Imamiah kerana
menjadikan persoalan Imamah(melantik dan
beriman kepada mereka) sebagai perkara Usul dalam agama yang wajib dipercayai.
Ianya merupakan puak yang paling utama dalam Syiah.
Dinamakan juga sebagai al-Rafidah (الرافضة) kerana “ingkar dan menolak” kelayakan Abu Bakar, Umar dan Uthman
sebagai Khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w.
Ianya dipanggil juga dengan nama Isna ‘Asyariah (اثنى عشرية) kerana berpendapat bahawa 12 daripada
imam-imam mereka maksum[12] sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w.
(dijaga daripada melakukan dosa, lalai, lupa, tersalah dengan sengaja ataupun
tidak sengaja).
12 imam mereka adalah sebagaimana berikut :
1. Ali bin Abi Thalib (al-Murtadha)
2. Hasan bin Ali (al-Mujtaba)
3. Husin bin Ali (al-Syahid)
4. Ali Zainal Abidin (al-Sajjad)
5. Muhammad (al-Baqir)
6. Ja’afar (al-Sadiq)
7. Musa (al-Kazim)
8. Ali (al-Redha)
9. Muhammad (al-Jawwad)
10. Ali (al-Hadi)
11. Hassan (al-Askari)
12. Muhammad (al-Mahdi al-Muntazor)[13]
2. Hasan bin Ali (al-Mujtaba)
3. Husin bin Ali (al-Syahid)
4. Ali Zainal Abidin (al-Sajjad)
5. Muhammad (al-Baqir)
6. Ja’afar (al-Sadiq)
7. Musa (al-Kazim)
8. Ali (al-Redha)
9. Muhammad (al-Jawwad)
10. Ali (al-Hadi)
11. Hassan (al-Askari)
12. Muhammad (al-Mahdi al-Muntazor)[13]
Syiah Imamiah ini terbahagi pula kepada 15 kelompok :
Muhammadiah, Baqiriah, Nawuusiah, Syumaitiah, ‘Ammariah, Ismailiah, Mubarakiah, Musawiah, Qat’iah, Isna ‘Asyariah, Hasyimiah, Zurariah, Yunusiah, Syaithaniah, Kamiliah.
2. Zaidiah (الزيدية): Mereka adalah pengikut kepada Zaid bin Ali Zainal Abidin bin
Husin bin Ali bin Abi Thalib[14]. Beliau terkesan dengan pemikiran Wasil
bin Ata’ (pengasas fahaman Muktazilah) dan ulama’ mengklasifikasikan pengikut
Zaidiah dalam golongan yangmu’tadil kerana yang paling hampir kepada Ahli Sunnah wal Jamaah,
lebih-lebih lagi dalam persoalan ibadat.
Pendapatnya tidaklah sampai mendewa-dewakan Ali dan
mencerca sahabat-sahabat yang lain melainkan hanya mengatakan bahawa Ali lebih
layak memegang tampuk khilfah selepas kewafatan baginda Rasulullah s.a.w.
daripada Abu Bakar dan Umar.
Kebanyakan kelompok ini berada di Yaman. Syiah Zaidiah terbahagi
kepada 3 kelompok :
Jarudiah, Jaririah, Solihiah.
Jarudiah, Jaririah, Solihiah.
3. Kaisaniah (الكيسانية): Pengasasnya adalah Mukhtar bin Ubai al-Thaqafi yang merupakan khadam kepada Muhammad bin Ali bin Abu
Thalib (anak Saidina Ali dengan isterinya Haulah dari bani Hanifah lalu
dikenali Muhammad al-Hanafiah sempena nama kabilah ibunya).
Adapun Kaisan merupakan khadam kepada Saidina Ali bin Abi Thalib. Setelah kewafatan Ali, dia
lalu menjadi khadam kepada Muhammad al-Hanafiah. Dia bersungguh-sungguh
mempertahankan Hasan dan Husin dalam mendapatkan hak kekhalifahan.
Selepas kematian keduanya, mereka pula mempertahankan hak
terhadap Muhammad bin al-Hanafiah. Lalu ada dikalangan mereka yang ghuluw (melampau) lalu menjadi buruan
pemerintah ketika itu.
Terdapat 2 kelompok daripada Kaisaniah :
1. Yang mendakwa bahawa Muhammad al-hanafiah masih belum mati
kerana beliau menyelamatkan diri ke sebuah daerah Radhwa (sebuah kawasan pergunungan)
ketika diburu pemerintah kerana disebabkan oleh pengikut-pengikutnya yang
melampau. Beliau dipercayai masih lagi hidup dan bersembunyi disana. Beliau
akan keluar pada hari kiamat sebagai Imam Mahdi.
2. Mereka yang memperjuangkan hak kekhilafahan Muhammad
al-Hanafiah semasa beliau masih lagi hidup. Dan hak tersebut berpindah-pindah
kepada orang lain selepas kematiannya.
4. Ghulah (الغلاة) : Mereka yang melampaui had dalam
persoalan aqidah. Bukan sahaja berpandangan bahawa Saidina Ali lebih mulia dan
layak daripada sahabat-sahabat lain dalam persoalan Khilafah bahkan lebih agung
daripada Rasulullahs.a.w.
Mereka juga berpendapat Rasulullah s.a.w. hamper sama wajahnya
dengan Ali, oleh sebab itu malaikat Jibril tersalah sampaikan wahyu kepada
Rasulullah sedangkan asalnya disampaikan kepada Saidina Ali. Ada juga yang
menyatakan Jibril sengaja melakukan sedemikian lalu mengkafirkan Jibril.
Mereka percaya kepada konsep perpindahan ruh (tanasukh al-arwah) dari satu jasad
kepada jasad yang lain,apabila sesorang melakukan kejahatan maka pada
kebangkitan lain ruh mereka akan menjelma dalam keadaan yang menghinakan, jika
mereka melakukan kebaikan maka ruh tersebut akan menjelma dalam keadaan yang
mulia dan dihormati.
Kerana itulah golongan ini menyatakan bahawa Abu Bakar dan Umar
akan dibangkitkan pada dekatnya Kiamat dalam rupa keldai dan baghal dan
imam-imam mereka akan menjadi pengembala serta memukul-hinakan Abu Bakar dan
Umar ketika itu dalam keadaan keldai dan baghal.
Mereka sampai kepada batas ketaasuban dan kelampauan sehingga
mengatakan Saidina Ali bin Abi Thalib dan imam-imam mereka sebagai Tuhan.
Samada Tuhan hulul (menjelma masuk) dalam badan mereka atau mereka bersifat dengan
sifat-sifat ketuhanan.
Walaupun mereka mendakwa bahawa pegangan mereka daripada agama
Islam namun jumhur ulama’ berpendapat mereka telah terkeluar daripada acuan
Islam.
Syiah Ghulah ini terbahagi kepada Saba’iah, Bayaniah, Mughiriah,
Mansuriah, Ghurabiah, Khattabiah, Janahiah, Hululiah, Syari’iah, Numairiah.
Banyak daripada kumpulan dan agen parasit daripada luar yang
ingin merosakkan Islam. Mereka mula menyerang agama Islam dengan mencipta
beberapa ideologi berbentukharakah batiniah (gerakan kebatinan) lalu diserap masuk kedalam Islam dengan
menjadikan cinta kepada Ahli Bait Nabi sebagai hujjah mereka. Ada juga yang
menjadikan persoalan falsafah, ilmu kalam, tasawuf ,perbandingan agama dan
kebebasan mutlak terhadap manusia sebagai fokus utama dalam menyebarkan fahaman
kebatinan ini.
Golongan ini digelarkan dengan
nama al-Batiniah (الباطنية) kerana mereka berkata :
“Syariat Allah itu ada lahir dan batinnya, begitu juga dengan ayat-ayat
al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad”[16]
Mereka menggunakan kaedahtakwil[17]sebagai manhaj utama menyebarkan fahaman
ini.
Sebagai contoh :
“Sesiapa yang mengetahui makna hakikat ibadah, gugur fardu
ibadah daripadanya”. Ini diambil daripada Firman
Allahdalam Surah al-Hijr, ayat 99 berbunyi :“Sembahlah Tuhanmu sehingga kamu
yakin.”
Mereka bergerak samada dalam keadaan jelas atau tersembunyi
dalam mana-mana kelompok. Antara gerakan mereka yang dapat dikenal pasti oleh
para ulama iaitu gerakan Yazidiah, Qaramitah, Ismailiah, Druze, Nusairiah, Hashsyasyin, Babiah, Baha’iah,
Qadianiah, Hizbul Jumhuri, Ahbash, Ansar, Khumainiah dan Harakah Amal.
Pengasas awalnya adalah Maimun bin al-Ahwazi[18], Muhammad bin Hussin (al-Dandan)[19] bersama satu kumpulan yang dinamakan
al-Jarabijah[20] yang pernah berkumpul sekali dalam
penjara di kawasan Iraq, lalu bersepakat mengasaskan gerakan kebatinan. Selepas
bebas daripada penjara, mereka mula menyebarkan fahaman dan doktrin-doktrin
tersebut yang diceduk daripada Islam, Majusi, Yahudi, Nasrani, Mesir Kuno,
Parsi, Yunani, Anamisma dan Buddha.
Gerakan mereka ini terlebih bahaya daripada Yahudi, Nasrani,
Majusi dan Dahriah kerana mereka bergerak dengan menyalurkan doktrin mereka
secara halus dan dengan penggunaan nama Islam sebagai tipu muslihat.
Modus operandi sebagaimana dinyatakan oleh Dr. Anwar Hamid Isa
ada beberapa peringkat dalam meniupkan ruh tipu daya mereka :
1. Al-Tafarras : Memerhati daripada jauh mangsa yang sepatutnya
2. Al-Ta’nis : Mula berdamping dan tunjukkan keramahan untuk berkawan
3. Al-Tasykik : Timbulkan persoalan dan keraguan tentang Islam
4. Al-Ta’liq : Cuba memberi ulasan dan komentar yang salah tentang Islam
5. Al-Rabt : Akan sentiasa cuba berhubung dan menarik dengan lebih rapat
6. Al-Tadlis : Meresap-masukkan doktrin-doktrin pelik lalu menipu dan perdaya
7. Al-Ta’sis : Mula melakukan proses pembentukan menjadi ahli gerakan bersama
8. Al-Khulu’ wal Salakh: Memisah dan mencabut. Mula-mula menjauhkan umat Islam
2. Al-Ta’nis : Mula berdamping dan tunjukkan keramahan untuk berkawan
3. Al-Tasykik : Timbulkan persoalan dan keraguan tentang Islam
4. Al-Ta’liq : Cuba memberi ulasan dan komentar yang salah tentang Islam
5. Al-Rabt : Akan sentiasa cuba berhubung dan menarik dengan lebih rapat
6. Al-Tadlis : Meresap-masukkan doktrin-doktrin pelik lalu menipu dan perdaya
7. Al-Ta’sis : Mula melakukan proses pembentukan menjadi ahli gerakan bersama
8. Al-Khulu’ wal Salakh: Memisah dan mencabut. Mula-mula menjauhkan umat Islam
daripada pengamalan spiritual mereka sehari-hari dan
seterusnya kepada gugurnya keimanan kepada Allah.
FAHAMAN NUSAIRIAH (النصيرية)
(GERAKAN KEBATINAN)
Salah satu daripada ideologi sesat yang dicipta untuk
memesongkan ajaran Islam yang tulen. Mereka adalah pengikut kepada Muhammad bin
Nusair al-Basri al-Namiri.[21]
Selepas kematian Hassan al-Askari, Muhammad bin Nusair
menyatakan bahawa Hassan al-Askari ada menyembunyikan seorang anaknya (Muhammad
al-Mahdi) didalam sebuah bilik bawah tanah.
Tujuannya adalah mendapatkan nama dengan mengutip zakat daripada
orang ramai sebagai pengeluaran zakat untuk disalurkan kepada anak Hassan yang
tersembunyi itu.
Dia menggunakan hujjah البابية dengan menggelarkan
dirinya sebagai PINTU atau sebagai orang tengah untuk menyampaikan sesuatu
pemberitaan dan menyampaikan sesuatu hajat yang diinginkan oleh masyarakat.
Kerana hasratnya ingin menjadi penguasa dengan menggunakan Imam yang Ghaib
tersebut, dia akhirnya menggelarkan dirinyasebagai Tuhan.
Kelompok ini juga dinamakan
dengan Namiriah, Alawiyun,Hattabun dan lain-lain. Tersebarnya Nusairiah hari
ini disekitar pinggir Syria, kepulauan kecil, Lubnan, Iraq dan lain-lain.
Imam ibn Kathir penah menyatakan bahawa kelompok Nusairiah ini
menganggap Saidina Ali sebagai Tuhan.Mereka juga mengkafirkan umat Islam
keseluruhannya. Mereka telah meruntuhkan masjid-masjid lalu ditukar dan dibina
kilang-kilang dan kedai penjualan arak.[22]
1. Menganggap Saidina Ali sebagai Tuhan kerana Allah taala telah hulul (menjelma masuk) ke
dalam jasad Saidina Ali, bahkan mereka juga beranggapan bahawa Ali sudah wujud
sebelum bumi dan langit belum dicipta.
2. Mereka berpegang dengan konsep ketuhanan Trinity (3 dalam 1)
sebagaimana Kristian. Kristian beranggapan adanya Tuhan Bapa, Tuhan Anak, Ruhul
Quds (Jibril).
Bagi Nusairiah, mereka beranggapan bahawa adanya tiga gabungan
daripada المعنى (Saidina Ali) sebagai Yang Paling
Agung dan Berkuasa, الإسم (Rasulullah s.a.w.) sebagai hijab Nurani dan الباب (Salman al-Farisi) sebagai wasilah untuk menyampaikan kepada
hijab Nurani.
2. Menganggap bahawa imam Hassan al-Askari sebagai Nabi yang
diutuskan Tuhan. Bahkan mengetahui akan setiap perkara-perkara yang ghaib dan
terzahir mukjizat disisinya[24].
Begitulah juga yang berlaku kepada Syeikh-syeikh mereka yang
Tuhan hanya khususkan kepada mereka dengan mengetahui setiap maksud batin
(tersirat) daripada al-Quran dan Hadith.
Mereka tidak memakai-guna ayat al-Quran secara zahir dan
mengubah makna tersebut kepada makna yang tidak layak untuk ditakwilkan.
3. Berpegang dengan konsep Karma sebagaiman agama Buddha yang
akan ada perpindahan ruh serta pembalasan amalan dimuka dunia. Ketika itu
berpindahnya ruh kepada jasad-jasad manusia lain sebagai balasan baik ataupun
buruk. Bahkan ada juga ruh yang berpindah ke jisim-jisim tumbuhan dan
haiwan-haiwan.
4. Mengecam bagi sesiapa yang mencela dan menghina Abdul Rahman
bin Maljam (pembunuh Saidina Ali) kerana beranggapan telah melakukan kebaikan.
Mereka beanggapan, telah menjelma sepenuhnya ruh Allah daripada العالم اللاهوت (alam ketuhanan)
kepada العالم الناسوت (alam manusia) untuk menyelesaikan fitnah yang berlaku
dikalangan sahabat Nabi ketika itu.
5. Beriman bahawa Saidina Ali mencipta Rasulullah s.a.w. lalu
Rasulullah mencipta Salman al-Farisi, lalu Salman mencipta 5 orang yang lain
iaitu :
- al-Miqdad bin Aswad :
mengawasi dan menjadi Tuhan bagi manusia dalam mentadbir mereka
- Abu Dzar al-Ghifari :
- Abu Dzar al-Ghifari :
menjadi pemantau peredaran falak, planet-planet dan bintang
dilangit
- Abdullah bin Rawahah:
- Abdullah bin Rawahah:
penjaga peredaran udara alam dan meniupkan ruh bagi manusia
- Uthman bin Maz’un:
- Uthman bin Maz’un:
mengawal situasi, perihal kelakuan dan sifat manusia
- Qinbar bin Kadan :
- Qinbar bin Kadan :
sebagai peniup ruh kehidupan kepada seluruh makhluk Tuhan
6. Beranggapan Saidina Ali tidak mati tetapi naik ke langit lalu
bersemayam di bulan, matahari, awan dan lain-lain.Kerana itulah mereka
menyembah benda-benda tersebut kerana Ali ada disana.
7. Tidak mengiktiraf pensyariatan Haji kerana pada pandangan
mereka, menunaikan Haji ke Mekah merupakan perbuatan kufur dan melakukan
penyembahan berhala (dinisbahkan kepada Kaabah).
8. Tidak solat Jumaat, tidak bersuci dengan wudhu’, mengangkat janabah (hadas besar) sebelum menunaikan
solat lima waktu. Solat lima waktu mereka tidak perlu berwudu’ dan tidak ada
sujud kerana ianya termasuk dalam rukun Rukuk dalam solat.Solat mereka berbeda
dengan rakaat yang diamalkan oleh Sunni.
9. Tidak mengiktiraf pensyariatan zakat tetapi mereka
mengeluarkan wang saku mereka (untuk menggantikan zakat) dengan memberi cukai
kepada Syeikh-syeikh mereka.
10. Melakukan upacara-upacara kemenyan dan membakar
wangi-wangian ketika melakukan upacara sebagaimana yang dilakukan Kristian dan
Buddha.
11. Puasa hanyalah menahan diri daripada isteri-isteri mereka
sepanjang bulan Ramadhan.
Begitula reality sebenar fahaman Nusairiah, sebuah gerakan
kebatinan yang bergerak dalam denyut nadi umat untuk menghancurkannya secara
tersembunyi.
Para ulama telah
bermuafakat, mereka yang menganut fahaman Nusairiah ini diharamkan berkahwin
dengannya, diharamkan makan sembelihannya, dilarang daripada mengkafan, solat
jenazah dan dilarang untuk dikebumikan bersama kubur-kubur orang Islam.
Namun apa yang kita
dapati, apa yang berlaku di Syria sekarang, tampuk kepimpinan negara dikuasai
oleh puak Syiah al-Nusairiah ini. Walaupun mereka mengkafirkan kelompok Syiah
Imamiah Isna 'Asyar namun kerajaan Iran (yang menganut fahama Syiah Imamiah Isna
'Asyar) tetap menolong mereka dalam memerangi kelompok Ahli Sunnah wal Jamaah
di bumi Syria yang mulia.
Mungkin disana
kenyataan yang dikeluarkan oleh Yusoff al-Qardhawi dan Syeikh Ali al-Sobuni
serta para ulama' yang anti-Asad secara zahir berhujjahkan wajib menentang
kezaliman yang dilakukan mereka, namun tidak dinafikan bahawa kebarangkalian
besar perkomplotan Iran membantu Syria dengan menghantar tenteranya Hizbullah
untuk melepaskan dendam kesumat mereka terhadap kelompok Sunni.
Inilah yang dibimbangkan
oleh Syeikh Saied Hawwa selama ini yang melihat sendiri pasca kebangkitan Islam
di Iran secara revolusioner ada agenda yang tersendiri. Bahkan
beliau sendiri tidak mengiktiraf bahawa kebangkitan yang berlaku di Iran adalah
sebuah "kebangkitan Islam" النهضة الإسلامية di akhir zaman.
No comments:
Post a Comment