PROGRAM WAKAF BUKU 2012

PROGRAM WAKAF BUKU 2012

PSS SMKRS, telah melancarkan Program Wakaf Buku 2012 sempena Pelancaran Program NILAM peringkat sekolah tahun 2012. Sehubungan dengan itu, PSS SMKRS akan  meneruskan program ini menerusi blog dan web ini sebagai satu kaedah mendapatkan bahan wakaf dari kalangan pembaca blog dan web kami ini.

Objektif:  Program Wakaf Buku 2012 adalah untuk mencapai target jumlah koleksi buku di PSS SMKRS dengan nisbah 20 buku seorang murid (20:1) berbanding sekarang 12:1.

Jenis-jenis buku yang dikehendaki
Kami menerima semua bentuk buku sama ada, buku cerita, novel, karya agung. karya besar, karya tempatan, kamus, atlas, almanak, direktori, jurnal, buku rujukan, majalah termasuk kitab-kitab agama. Kami menerima buku-buku Ilmiah dalam bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris yang sesuai untuk pelajar sekolah menengah dan awal remaja.

Ciri-ciri buku :
1. Tahun terbitan : tahun 2009 ke atas.  
2. Ketebalan: melebihi 50 muka surat.

Semua sumbangan akan dikategorikan berpunca WAKAF BUKU dan menerima Sijil Wakaf sebagai bukti penerima oleh kami.

Dengan ini, kami memohon semua pembaca laman web ini menyumbang dalam bentuk amal jariah buku-buku ke PROGRAM WAKAF BUKU 2012.

Sila alamatkan sumbangan anda ke :

GURU PERPUSTAKAAN DAN MEDIA, PUSAT SUMBER SEKOLAH, SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAPAT SETIA, JALAN TENAGA 31350 RAPAT SETIA, IPOH PERAK. (UP: PN. NOR AZLINA BT. MANSOR)

Kami akan manfaatkan sumbangan anda hanya untuk kepentingan ilmu di Pusat Sumber Sekolah ini dan merakamkan jutaan terima kasih.

GPM SMKRS - 19.02.2012

No comments:

Post a Comment

 

SELAMAT DATANG

What time is it ?

Cuaca

TWITTER

Pelawat PSSSMKRS


hit counter

ChatBox PSSSMKRS

Jendela Ilmu








Skop PBS 2014












Pemacu Prestasi Akademik 2014