Majlis Pelancaran Program Pendidikan Pencegahan Dadah dan Anti Rokok serta Pentauliahan Pemimpin Pelajar
Tarikh :27 Februari 2012 (Isnin)
Masa: 7.30pagi
Tempat: Dataran Setia SMKRS
Disempurnakan oleh : Puan Wiza Rozahrin bt. Mohd Radzi, Penolong Pengarah Pendidikan Pencegahan Dadah(PPDa) JPN Perak.
Antara objektif program Pencegahan Pendidikan Dadah dan Anti Rokok adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai kesan buruk tabiat merokok dan penyalahgunaan dadah. Sementara Program Pentauliahan Pemimpin Pelajar bagi mengiktiraf badan pemimpin pelajar yang berperanan membantu pihak sekolah memantapkan sahsiah pelajar.
Majlis pentauliahan bagi barisan pemimpin pelajar SMKRS yang baru dilantik merangkumi Badan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Koperasi serta Ketua dan Penolong Tingkatan. Seramai 24 orang pelajar telah ditauliahkan sebagi Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Semoga barisan pemimpin ini dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi bagi melancarkan perjalanan aktiviti PSS disamping meningkatkan budaya membaca dalam kalangan pelajar SKMRS.
No comments:
Post a Comment