Rumah Komanwel : Menjuarai Kejohanan Balapan dan Padang SUKAN SMK RAPAT SETIA kali ke-11!!!



Memang tidak percaya tetapi itulah hakikatnya setelah Rumah Komanwel menjuarai Kejohanan Balapan dan  Padang SMK Rapat Setia buat kali ke-11 yang telah berlangsung pada 22 Jun 2013 . Selama 11 tahun , Rumah  Komanwel tidak pernah menjuarai  keseluruhan acara sukan . Bukan itu sahaja , Rumah Komanwel turut dinobatkan sebagai Hiasan Rumah Sukan Terbaik , Perbarisan Terbaik dan Maskot Terbaik yang mengetengahkan maskot ayam sebagai tema utama acara sukan tahun ini . Pelbagai acara telah dijalankan seperti acara larian , tarik tali dan acara untuk ibu bapa dan guru yang menjadi pelengkap acara sukan tahun ini . Walaupun acara sukan tahun ini diraikan tanpa Puan Pengetua iaitu Puan Hajah Siti Zabidah binti Setia dan PK Kokutikulum , Puan Khalijah binti Majit tetapi acara sukan tahun ini telah berjaya dilaksanakan dengan begitu meriah sekali . PSSSMKRS ingin mengucapkan tahniah kepada semua pihak guru dan pelajar yang menjayakan acara sukan tahun ini .

TAHNIAH BUAT RUMAH KOMANWEL DAN KEKALKAN PRESTASI ANDA!!!!!!!


GPM PSSSMKRS

No comments:

Post a Comment

 

SELAMAT DATANG

What time is it ?

Cuaca

TWITTER

Pelawat PSSSMKRS


hit counter

ChatBox PSSSMKRS

Jendela Ilmu








Skop PBS 2014












Pemacu Prestasi Akademik 2014