UCAPAN SELAMAT TAHUN BARU 2012


Assalamualaikum,
Pengujung blog yang dikasihi,
Alhamdulillah, kita baru melangkah hari pertama dalam tahun baru 2012 Masihi. Skemanya....kita semua telah memasang azam dan tekad yang baru. Ada yang berazam hendak berjaya dalam pelajaran atau kerjaya, ada juga berazam mahu menjadi hamba Allah yang lebih baik. Tetapi bagaimana azam 2011? ...sudah menjadi kenyataan atau tinggal kenangan? 
Ada azam dalam hidup memang bagus. Apabila kita berazam, mestilah ada matlamat...seterusnya kita akan berusaha bertindak bersungguh-sungguh untuk merealisasikan apa yang kita azamkan. Selepas berusaha, kita perlulah berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT kerana Allah SWT-lah yang menentukan hasilnya. Jauhkan sikap berputus asa, teruskan usaha dan cuba lagi. Disamping itu, kita perlulah melakukan refleksi atau muhasabah terhadap kelemahan diri yang perlu diperbaiki lagi. Apa yang penting mulakan niat kita dengan iklas untuk membahagikan orang-orang tersayang ....ibubapa, guru-guru, rakan seperjuangan. Insya-Allah jika niat kita mulia, Allah SWT akan membantu kita berjaya. Semoga segala matlamat kita diperkenankan oleh Allah SWT. Amin...




No comments:

Post a Comment

 

SELAMAT DATANG

What time is it ?

Cuaca

TWITTER

Pelawat PSSSMKRS


hit counter

ChatBox PSSSMKRS

Jendela Ilmu








Skop PBS 2014












Pemacu Prestasi Akademik 2014