Selamat menyambut maal hijrah | ucapan awal muharram
1435H/2013M
Pada hari Selasa ini, 5 November 2013 kita umat Islam akan menyambut Awal Muharram 1435H.
Saya mengucapkan salam Maal Hijrah 1435 kepada seluruh umat Islam di Dunia
ini, khas kepada warga SMKRS.
Kepada semua umat Islam…
Moga tahun baru ini kita semua lebih berusaha..lebih berjaya
..lebih bahagia ..lebih takwa dari hari sebelumnya….
Info Sambutan Maal Hijrah 1435h
Sambutan Maal Hijrah ini merupakan kesinambungan dalam
memperingati dan menghayati peristiwa hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke
Madinah yang telah mengubah senario dan lanskap dunia. Umat Islam pada ketika
itu telah berubah daripada umat yang ditindas kepada umat yang kuat dan gagah
dan mampu memerintah dan mentadbir Madinah sekaligus memiliki kerajaan
sendiri. Makanya umat Islam telah bebas bergerak menyampaikan dan mengembangkan
dakwah Islam ke mana sahaja.
Antara amalan disunatkan pada bulan
Muharam:
- Berpuasa. Maksud Hadis: Barang
siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa
30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan
Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala
seperti mana beribadat selama 2 tahun.
- Banyakkan amal ibadat seperti
solat sunat, zikir dan sebagainya.
- Berdoa akhir tahun pada hari
terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
- Berdoa awal tahun pada 1
Muharram selepas Maghrib 3 kali
Terus beramal….
Perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):
- Melapangkan masa/belanja anak isteri.
Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
- Memuliakan fakir miskin.
Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
- Menahan marah. Fadilatnya – Di
akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
- Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya
– Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
- Menyapu/mengusap kepala anak
yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi
tiap-tiap rambut yang disapunya.
- Bersedekah. Fadilatnya – Allah
akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak
berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti
bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
- Memelihara kehormatan diri.
Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
- Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak
sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat
hari Asyura kerana Allah Taala.”
- Bercelak. Fadilatnya – Tidak
akan sakit mata pada tahun itu.
- Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
Cikgu Nor Azlina/gpm.smkrs
No comments:
Post a Comment